Monday 30 September 2013

Kisah Kami......

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog AN Delisha Boutique....

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk bersantai di blog kami. Begitu lama blog kami menyepi kini kami akan kembali aktif semula. Gembira melihat anda semua tersenyum. Gembira melihat anda semua bahagia. Gembira melihat anda semua kaya dan berjaya. 

Dalam masa beberapa bulan ini banyak yang kami telah lalui dan banyak yang telah kami temui. Kini kami akan kongsikan pelbagai kisah suka, duka, gembira, bahagia, sedih dan sebagainya bersama anda. 

Kisah pertama adalah berkaitan dengan bagaimana tertubuhnya AN Delisha Boutique ini. AND diasaskan oleh dua orang rakan, saudara, sahabat, teman dan juga biras. Keakraban yang tidak disangka-sangka sejak pertemuan pertama di rumah suami kami membuatkan kami rasa keserasian yang ajaib telah tercipta untuk kami. Untuk pengetahuan kalian, suami kami merupakan adik beradik di mana suami saya merupakan adik kepada suami rakan kongsi saya ini. 

Keunikan antara kami membuatkan tercetusnya idea untuk menubuhkan AND ini. AND adalah gabungan nama kami bersama yang merujuk A kepada Aza dan N kepada Nadia, manakala Delisha pula merupakan nama pilihan yang tiba-tiba tercetus di kepala kami secara serentak. Maha Suci Allah, syukur ke hadratNya kami mempunyai banyak keserasian. Memang mungkin sudah tertulis pertemuan kami ini sejak azali lagi. 

Banyak perbincangan, banyak cabaran dan dugaan yang kami tempuhi sebelum tertubuhnya AND. Akhirnya berkat doa yang tidak putus-putus kepadaNya tertubuhlah jua AND pada bulan Mac 2013. Syukur alhamdulillah walau banyak cabaran yang perlu ditempuhi namun kami berjaya atasinya jua. Semoga usaha kami ini akan diberkati dan diredhai olehNya. 

Sampai di sini dahulu kisah pertama kami. Nantikan kisah dugaan dan cabaran yang tidak dapat kami lupakan tidak lama lagi. Semoga kasih sayang dari Ilahi yang terbina ini akan terus mengekalkan dan mengembangkan empayer AND ke seluruh dunia suatu masa nanti. In shaa Allah. Mari kita sama-sama kaya dan berjaya!! 

Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 

Fast Action, Fast Result. #DAO